18sx

AvatarLain Clear Baru Kita Tengok

Powered By Blogger

Theme Buat Pengguna Blogger - Wordpress Admin


Assalamualaikum Warahmatullah.

Khas buat anda para pengguna blogger. Sekiranya sebelum ini anda menginginkan sebuah ‘theme’ yang berbeza dan berkualiti, seperti yang biasa digunakan oleh para pengguna wordpress, anda mungkin mendapati artikel ini berguna buat anda.

Wordpress Admin adalah sebuah theme yang amat menarik yang diubahsuai daripada versi wordpressnya -Wordpress’d. Ianya bertemakan dashboard wordpress 2.5. Theme ini dikodkan untuk pengguna blogger (blogspot.com) oleh themelib. Seperkara yang paling menarik ialah theme yang saya maksudkan ini didatangkan khas buat anda - para pengguna blogger - secara percuma, yakni anda hanya perlu memuat turunkannya tanpa sebarang bayaran!

Kejutkan Para Pembaca Anda!

Theme ini mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan dashboard wordpress versi 2.5+. Tetapi dalam masa yang sama, ianya masih mengekalkan bentuk dan fungsinya sebagai sebuah blog. Justeru, para pengunjung blog anda pasti akan ‘terkejut dengan penampilan sebuah dashboard wordpress pada blog anda.

Apa yang Menarik?

Styled Headings - membolehkan anda mendefinisikan sendiri bahagian-bahagian berbeza artikel anda - lebih fleksibel buat mereka yang gemar mengubahsuai blog.

Ruangan Latest Post Yang Menarik - para pembaca anda tidak lagi ketinggalan membaca artikel-artikel terbaru anda dengan fungsi latest post yang hanya terdapat pada wordpress.

Full image styling - seperti yang dapat anda lihat pada imej yang terdapat pada theme ini (apabila anda meletakkan tetikus anda di atas imej), ‘linked image’ (imej dengan pautan) akan menunjukkan kesan hover (hover effect).

Quick Loading Light Template - perekabentuk theme ini cuba meminimumkan ‘loading time’ supaya blog anda dapat dilihat dengan dilihat dengan pantas sebaik sahaja diklik. Theme ini mempunyai sebanyak 16 imej, yang secara logiknya akan melambatkan ‘loading time’ ini. Tapi, percayalah, kesemua imej ini hanya (dan hanya) bersaiz 77kb, justeru, blog anda dapat diakses dengan pantas dan mudah. Keseluruhannya theme ini juga didefinisikan menerusi CSS, membolehkan semua imej dibuka dengan pantas tanpa perlu memaksa para pembaca anda menunggu.

Layout Yang Amat Menarik dan Unik - pembaca akan sentiasa tertarik untuk mengunjungi blog anda. Theme ini juga sesuai bagi mereka yang gemar meletakkan ‘ads’ bagi tujuan pengiklanan (fungsi ini boleh diaktifkan menerusi penggunaan elemen).

Selain itu, theme ini turut menawarkan elemen-elemen berikut:

  • Senarai Lists, Blockquotes, Comments dan Pullquotes Yang Boleh Disesuaikan
  • Fungsi Avatar - Ruangan komen membenarkan pengguaan imej bersaiz 32 x 32 untuk dipaparkan bersama-sama komen pembaca.
  • Google Adsense - Theme ini membenarkan pengguna memasukkan ‘ads’ bersaiz 300×250 pada bahagian sidebar.

Live Demo

Ingin melihat secara jelas apa yang telah saya sampaikan? Klik papar theme untuk melihatnya secara ‘live’.

Muat Turun Theme

Sekiranya anda berpuas hati, anda boleh menekan pautan ini untuk memuat turun Wordpress Admin. Sekiranya anda perlukan bantuan, maklumkan kepada saya. (Nota: Installasi theme ini selalunya tidak berjaya dengan Mozilla Firefox, justeru, anda dinasihatkan menggunakan IE semasa melakukan installasi).

Wallahu A’lam.